Malaysia Airlines perluas perkhidmatan carter ke Jepun

Business & Finance
15 May 2019 • 9:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines akan memperluaskan perkhidmatan carternya ke Jepun selepas memeterai perjanjian dengan syarikat pengurusan pelancongan Apple Vacations & Conventions Sdn Bhd untuk menyediakan penerbangan carter dari sini ke Hokkaido, Jepun, pada Disember.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata syarikat penerbangan itu akan menyediakan enam penerbangan carter terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang New Chitose dari 5 Disember hingga 29 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Izham Ismail berkata penerbangan carter ini akan menggunakan satu daripada pesawat Airbus A330-300.

“Kami berharap dapat memperluaskan perkhidmatan carter kami ke Jepun dan membolehkan lebih ramai penumpang menggunakan perkhidmatan Hospitaliti Malaysia kami yang tiada tandingan,” katanya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved