Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara Lima Tahun Dipersetujui Jemaah Menteri – Akan Memakan Belanja RM21.6 Bilion

TechnologyDigital
29 Aug 2019 • 12:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) pada pertengahan tahun ini untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan di arena digital yang semakin membangun setiap hari.

Apabila ia dilancarkan, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut memperkenalkan sasaran dimana 98 peratus daripada kawasan populasi di Malaysia akan menerima sambungan internet sepantas sekurang-kurangnya 30Mbps menjelang tahun 2020 dan di semua ibu negeri menjelang tahun 2023.

Terkini, pihak SKMM telah mengumumkan bahawa jemaah menteri telah bersetuju untuk melaburkan wang sebanyak RM21.6 bilion untuk merealisasikan pelan lima tahun ini.

Dana ini akan disalurkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan pembekal melalui Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) secara pembiayaan penuh, pembiayaan sepadan, ataupun pembiayaan sebahagian bagi syarikat-syarikat yang layak.

Untuk memastikan syarikat-syarikat ini menjayakan pelan lima tahun NFCP ini, KKMM akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyelaras penyediaan perkhidmatan internet ini di kawasan-kawasan kritikal seperti hospital, balai polis dan perpustakaan, disamping memastikan bahawa infrastruktur sedia ada dioptimasikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved