Perkara dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang PKPB

1 May 2020 • 2:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Perkara dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat:

TIDAK DIBENARKAN

- Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran adalah tidak dibenarkan.

- Selain perniagaan, aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan.

- Ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium.

- Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

- Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumahrumah ibadat juga tidak dibenarkan.

- Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

- Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.

- Semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.

DIBENARKAN

- Aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan.

- Boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton.

- Joging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

- Hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mengikut SOP kesihatan ketat.

- Pengendali sektor pengangkutan awam kembali dibenarkan beroperasi.

- Semua pengendalian restoran boleh beroperasi mulai 4 Mei tapi bersyarat:

  • 1)Susun meja kerusi pada jarak 2 meter,
  • 2) Satu meja hanya satu atau dua pelanggan sahaja dibenarkan duduk makan.
  • 3) Pemilik restoran wajib mengukur suhu badan pelanggan dan memberikan hand sanitizer sebelum dibenarkan masuk ke dalam restoran.
  • 4) Semua pekerja wajib memakai topeng mulut dan hidung sepanjang masa melayan pelanggan.
  • 5) Jarak pendudukan pelanggan setiap meja perlu pada satu meter ketika menjamu selera.
  • 6) Perlu beratur pada jarak satu meter untuk membayar bil makanan di kaunter juruwang di restoran.
  • 7) Pemilik restoran wajib merekodkan nama penuh, alamat dan nombor telefon serta waktu masuk dan waktu keluar pelanggan dari restoran (mudah untuk kesan pelanggan sekiranya dijangkiti positif Covid-19).
  • 8) Paling penting sediakan hand sanitizer kepada pelanggan. Pelanggan juga tak boleh berpusu-pusu masuk ke dalam bilik cuci tangan sebaliknya cuci tangan secara bergiliran dengan mengamalkan penjarakan sosial.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved