Anggota polis, keluarga sah positif Covid-19

8 Oct 2020 • 5:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PORT DICKSON - Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop hari ini mengesahkan seorang anggota polis di negeri ini didapati positif Covid-19.

Beliau berkata, anggota berkenaan yang berusia lingkungan 30-an dari Unit Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, disahkan positif setelah pulang daripada bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

“Turut disahkan positif Covid-19 ialah isterinya yang berusia dalam lingkungan 30-an serta tiga anak pasangan itu, berusia antara tiga dan enam tahun.

“Namun, masyarakat tidak perlu khuatir kerana anggota tersebut telah dikuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Setelah didapati positif, anggota polis terbabit bersama keluarganya, dimasukkan ke Hospital Rembau yang merupakan hospital khas Covid untuk rawatan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peringatan 100 Tahun Pondok Polis Pengkalan Kempas di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman dan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Setakat semalam, Negeri Sembilan merekodkan satu kes baharu Covid-19 iaitu di Jimah, Port Dickson, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri berkenaan sebanyak 1,063 kes.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved