Fahami makna di sebalik logo BSN

20 Sep 2019 • 10:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan logo Bulan Sukan Negara (BSN) dan menjelaskan perkara yang paling penting adalah makna di sebalik logo tersebut.

Menurutnya, beliau menyedari ramai pihak memuat naik logo tersebut dan kemudian menterbalikkannya serta mengaitkan huruf ‘B’ dalam logo itu dengan hidung khinzir.

“Perkara ini sangat penting kerana banyak acara kita akan gerakkan sekali dan itu fokus utama kita.

"Kami harap rakyat Malaysia keseluruhannya dapat melakukan seberapa banyak aktiviti pada Oktober ini,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaKini di sini hari ini.

Beliau berkata, logo tersebut bukan hanya sekadar akronim tetapi terdiri daripada bentuk organik mewakili suasana mesra dan santai dalam sukan.

Berdasarkan keterangan di laman Facebook rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bentuk tepi bulat dan tajam mewakili kuasa, kestabilan dan profesionalisme.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved