Lagu Negaraku berkumandang di Bangkok

31 Aug 2019 • 3:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BANGKOK – Lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia Bangkok, Thailand sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62.

Lebih 250 rakyat Malaysia yang menetap, bekerja dan menuntut di sekitar ibu kota Bangkok telah hadir menyemarakkan sambutan hari bersejarah dengan penuh semangat patriotik.

Majlis bermula dengan acara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan semua hadirin kemudian menyanyikan Negaraku.

Selain itu, ahli jawatankuasa Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (Perwakilan) turut membuat persembahan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel dan isteri, Datin Catherina Cherian hadir pada majlis itu.

Dalam ucapan ringkasnya, Jojie berharap sambutan Hari Kemerdekaan di kedutaan dapat menyemarakkan semangat cinta negara, menghayati kemerdekaan serta mempertahankan perpaduan kaum dan keamanan negara di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved