Rokok, arak tidak bercukai bernilai RM500 juta dirampas

12 Jan 2020 • 4:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TELUPID - Cubaan memasarkan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM500 juta di Telupid berjaya dipatahkan dalam operasi Landai Khas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan bersama Balai Polis Telupid semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi yang dijalankan mulai jam 9.30 pagi hingga 1 tengah hari itu menemukan sebuah van yang ditinggalkan di Kampung Maliau dekat sini dengan 1,124 karton rokok dan 66 kotak minuman keras pelbagai jenama.

"Anggaran jumlah rampasan rokok, minuman keras dan kenderaan dianggarkan berjumlah RM475,100 selepas cukai.

"Siasatan lanjut membawa kepada penemuan 347 karton rokok lagi dengan anggaran nilai RM105,320 dalam semak bertempat di Pasar Ikan Tongod yang dipercayai ditinggalkan sejurus menyedari kehadiran pihak polis di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Pajeri, rampasan berjumlah RM580,420 itu dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved