Annuar kesal tarikh PRK Tanjung Piai sama dengan PAU

Politics
1 Oct 2019 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Annuar kesal tarikh PRK Tanjung Piai sama dengan PAU

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa SPR ada niat tidak baik terhadap UMNO apabila sengaja mengumumkan tarikh PRK Tanjung Piai sama dengan hari Perhimpunan Agung UMNO.

Memetik laporan Malaysiakini, Annuar dilaporkan berkata, esok UMNO akan mengadakan mesyurat bagi membincangkan keputusan berkenaan tarikh tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menetapkan 16 November depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor.

Pihaknya juga menetapkan hari penamaan calon bagi PRK itu pada 2 November manakala hari pengundian awal pada 12 November depan.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-Bersatu pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Tidak hormat lagu Negaraku: Polis rakam keterangan lapan individu

Lapan individu termasuk seorang wanita tampil memberi keterangan kepada polis berhubung kes tidak menghormati lagu Negaraku kelmarin.

Kesemua individu terbabit dipercayai anggota kumpulan Sarawak For Sarawakian (S4S) memberi keterangan di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar mengesahkan pihaknya telah memanggil lapan individu untuk memberi keterangan.

Terdahulu laporan polis dibuat berhubung tindakan mereka yang duduk dan tidak berdiri ketika lagu kebangsaan itu berkumandang dalam satu majlis anjuran Parti Bansa Dayak Bersatu (PBDS) Baru pada Jumaat.

'Fatwa' syahid: Tiga jam polis rekod keterangan Naib Ketua Puteri UMNO

Polis telah merekod keterangan Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi yang mendakwa lelaki mengamuk yang ditembak mati di sebuah kilang di Bayan Lepas Pulau Pinang minggu lalu sebagai syahid.

Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, keterangan Nurul Amal direkod pada jam 11.30 pagi di pejabat D5 Bukit Aman semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang 23 September lalu lelaki berusia 25 tahun yang bekerja di kilang terbabit mengamuk sebelum menetak penyelia wanita dan pengurus keselamatan menggunakan parang.

Kris Dayanti, Mulan angkat sumpah sebagai ahli Parlimen Indonesia

Sebanyak 14 artis Indonesia, antara 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat ( DPR) yang mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Indonesia untuk penggal 2019-2024 hari ini.

Antara 14 artis itu, dua daripadanya adalah penyanyi yang turut popular di Malaysia iaitu Krisdayanti dan penyanyi lagu "Mahkluk Tuhan Paling Seksi", Mulan Jameela.

Proses angkat sumpah bermula 10 pagi hari ini dilakukan di hadapan Ketua Mahkamah Agung, Prof. Dr. H. M. Hatta Ali, di bangunan Parlimen Indonesia.

Kawasan sekitar Parlimen Indonesia di Jalan Gatot Soebroto, Senayan itu turut dikawal ketat oleh lebih 20,000 anggota pasukan keselamatan, berikutan rentetan kejadian rusuhan sejak minggu lepas, menjelang majlis angkat sumpah itu.

MU tiada masalah kekal Zainal Abidin musim depan

Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa) tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih Melaka United (MU) pada musim depan.

Presidennya, Adly Zahari berkata, bekas pemain kebangsaan itu sudah melakukan yang terbaik dalam usaha membawa pasukan berkenaan ke tangga keenam pada musim ini berbanding kedudukan ketujuh pada musim lepas walaupun sasaran adalah untuk menjadi skuad lima terbaik dalam Liga Super.

Adly yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, pencapaian skuad Sang Kancil itu pada musim ini bukan sahaja dipengaruhi oleh kepimpinan ketua jurulatih tetapi terdapat faktor lain termasuk komitmen pemain dan semangat berpasukan.


View Original Article