'Pihak tular kad Touch n Go 'tol percuma Anwar' berniat jahat'

22 May 2019 • 9:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kononnya kad Touch ‘n Go 'tol percuma Anwar' sempena Aidilfitri ini sebagai satu tindakan jahat.

Menerusi satu kenyataan hari ini, pejabat Anwar memaklumkan pihak tersebut sengaja mahu mencemar imej baik Anwar.

"Tindakan jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab itu hanya untuk memburukkan imej DSAI, pihak Touch 'n Go sudah sahkan ia palsu," jelas kenyataan itu hari ini.

Terdahulu Touch ‘n Go memaklumkan bahawa kad foto yang tertera gambar Anwar yang kini tular di media sosial adalah palsu.

Menerusi satu kenyataan akhbar hari ini, Touch 'n Go menasihatkan para pelanggannya supaya sentiasa merujuk kepada saluran rasmi media sosial Touch 'n Go di Facebook dan Twitter @Mytouchngo untuk maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatannya.

Hari ini tular di media sosial berhubung kad yang tertera wajah Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan.

Menurut keterangan menerusi sebaran itu menyatakan bahawa orang ramai boleh dapatkan kad Touch 'n Go edisi terhad itu dan bakal nikmati tol percuma di semua lebuh raya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved