Youtube Premium Dan YouTube Music Kini Ditawarkan Di Malaysia – Bermula RM14.90 Sebulan

TechnologyDigital
6 Nov 2019 • 9:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua perkhidmatan penstriman berbayar YouTube Premium dan YouTube Music kini dilancarkan secara rasmi kepada pengguna di Malaysia. Menerusi perkhidmatan ini pengguna boleh menonton video dan menstrim muzik YouTube tanpa sebarang iklan.

image is not available

Di Malaysia ia ditawarkan pada harga RM14.90 sebulan hanya untuk YouTube Music Premium dan RM17.90 pula untuk YouTube Premium. Pengguna boleh memuat turun video dan muzik tanpa had sekiranya menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini. Keunikan YouTube Music terletak pada enjin carian Google yang membolehkan lagu dicari dengan hanya meletakkan lirik atau soalan seperti “Song from Death Stranding trailer” misalnya. Seperkara lagi pengguna boleh bertukar-tukar dari menstrim muzik terus ke menonton video tanpa perlu berhenti.

image is not available

Bagi yang berkeluarga, pakej keluarga turut ditawarkan pada harga RM22.90 sebulan. Ia membenarkan sehingga lima pengguna menggunakan satu akaun. Pakej khusus untuk golongan pelajar pula akan diumumkan pada 15 November hadapan.  Selain Malaysia, perkhidmatan ini juga ditawarkan di Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

Berita baik bagi pemilik Samsung Galaxy S10, Note 10, Tab S6 dan Tab S5E, anda akan menerima langganan percuma YouTube Premium selama empat bulan.

image is not available

View Original Article