Peranti 5G Baharu Xiaomi Tersenarai Di TENAA – Mungkin Mi MIX 4?

TechnologyDigital
30 Jul 2019 • 1:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti 5G pertama Xiaomi adalah Mi MIX 3 5G, secara keseluruhan ia adalah sama sahaja dengan Mi Mix 3 biasa cuma ditambah sokongan 5G dan dijana dengan Snapdragon 855. Tetapi atas kekangan sokongan terhad 5G, peranti ini hanya dijual di China melalui pelan telekomunikasi di sana.

Baca Pandang Pertama Mi MIX 3 5G Di Sini

image is not available

Terkini, sebuah peranti 5G baharu Xiaomi telah tersenarai di TENAA. Disebabkan tiada lagi info mengenai peranti Mi MIX baharu untuk tahun ini, peranti ini berkemungkinan besar adalah Mi MIX 4. Mi MIX 4 dijangka akan dijana dengan Snapdragon 855 Plus dan juga mempunyai sokongan pengecasan pantas nirwayar melebihi 20W.

image is not available

CEO Xiaomi, Lei Jun – sebelum ini pernah berkata yang peranti baharu 5G Xiaomi akan dilancarkan pada pertengahan kedua tahun 2019. Ini bermakna, kita mungkin akan lihat kewujudan peranti ini tidak lama lagi.

View Original Article