Pencuci tingkap jadi adiwira

16 Nov 2019 • 8:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PENNSYLVANIA - Sekumpulan pencuci tingkap profesional di Pennsylvania, Amerika Syarikat berpakaian seperti adiwira bagi menghiburkan pesakit di sebuah hospital kanak-kanak.

Spiderman, Batman dan beberapa karakter adiwira pujaan kanak-kanak berkumpul di Hospital Kanak-Kanak Lehigh Valley Reilly bagi menjayakan Superhero Day pada Khamis lalu.

Pesakit dan ahli keluarga di hospital terbabit berasa teruja melihat ‘hero’ kesukaan masing-masing membersihkan tingkap di luar bilik mereka.

Menerusi perkongsian di laman Facebook hospital itu kelihatan pesakit kanak-kanak menghampiri tingkap untuk berinteraksi dengan kumpulan adiwira tersebut.

Selain menghiburkan pesakit kanak-kanak, pekerja Performance Services Inc. di Harrisburg itu turut mengagihkan hadiah istimewa.

Usaha murni kumpulan pencuci tingkap berkenaan turut mendapat pujian netizen. - Agensi


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved