PKP: Dr Zulkifli sedekah barang keperluan buat jiran

11 Apr 2020 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menyantuni jiran tetangganya dengan menyumbang bahan keperluan harian serta bertanya khabar.

Beliau dalam laman sosial medianya termasuk Facebook berkata, apa yang dilakukannya 'sekadar yang termampu' bagi meringankan beban jiran tetangganya berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) hingga ke 28 April.

“Dalam hal bantuan kemanusiaan, Islam mengajar kita untuk ‘buta’ warna kulit, bangsa dan agama. Jiran saya ada yang berbangsa Cina dan India, selain Melayu,” katanya.

Beliau berkata, kita tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah jiran tetangga kita, "mungkin ada yang sedang kelaparan tapi malu untuk meminta."

Beliau turut memuat naik hadis Rasulullah SAW yang berkata: “Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan.”

Catatannya itu mendapat lebih 5,000 like di Facebook selepas sejam dimuatnaik dan lebih 100 pengguna FB berkongsi catatan beliau dengan kesemuanya memuji dan menyokong tindakan Dr Zulkifli.

Pengguna FB Ally Frashidy berkata, wabak koronavirus (Covid-19) ini telah menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa dan agama dan mendoakan moga Malaysia terus makmur dan #janganputusasamalaysia.

Sementara pengguna twitter @fordlynxrs pula berkata: “This is how it’s done.Thank you and Alhamdullillah (Beginilah cara yang sepatutnya. Terima kasih dan Alhamdulillah).” - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved