Pelancaran Microsfot Surface Earbuds Ditangguhkan Ke Tahun 2020

TechnologyDigital
25 Nov 2019 • 10:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fon telinga nirwayar Microsoft Surface Earbuds diperlihatkan pada bukan Oktober lalu ketika acara pelancaran Surface. Ia dilihat sebagai pesaing kepada Apple AirPods dan Samsung Galaxy Buds. Bagi peminat produk Microsoft yang ingin menggunakan Earbuds, anda perlu menanti lebih lama kerana penjualannya ditangguhkan ke tahun 2020.

Pada asalnya Earbuds menyasarkan penjualan ketika musim perayaan 2019. Panos Panay, ketua eksekutif produk di Microsoft mengesahkan penangguhan jualan ke musim bunga 2020 bagi memastikan produk benar-benar sedia untuk pengguna sebelum dipasarkan. Dengan penangguhan ini, Earbuds akan bersaing secara langsung dengan Google Pixel Buds baharu yang akan dilancarkan pada musim bunga 2020.