Android Auto, One Dan TV Hadir Dengan Logo Baharu Bersempena Dengan Android 10

TechnologyDigital
4 Sep 2019 • 12:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semasa nama rasmi Android Q diumumkan, iaitu Android 10 – logo Andorid turut dikemaskini. Ia kini lebih ringkas, kemas dan jelas penjenamaannya. Nama Android 10 digunakan kerana ia lebih universal dan lebih adil, jika dibandingkan dengan nama pencuci mulut yang tidak ramai kenal.

image is not available

Bersempena dengan penjenamaan semula Android 10; Android TV, Android One dan Android Auto kini hadir dengan logo baharu yang lebih selari dengan Android 10. Buat masa ini hanya logo baru sahaja diperlihatkan, tiada sebarang perkara baru seperti antaramuka, fungsi atau ciri. Untuk Android Auto dan Android TV, warna hijau tidak lagi digunakan – tetapi kini adalah berwarna putih. Manakala, Android One pula menggunakan warna biru gelap secara keseluruhan – kecuali ‘One’ yang menggunakan warna hijau yang lebih terang.

Setiap laman web Android One, Android Auto dan Android TV turut dikemaskini dengan logo baru ini.

Sumber: Android One, Android TV, Android Auto

View Original Article