SHAH ALAM - Sinar Harian akan terus berusaha mengekalkan kredibiliti sebagai sebuah akhbar yang selari dengan objektif kewujudannya sejak 13 tahun lalu menerusi pengisian lebih matang yang menjadi penentu hala tuju masa depan masyarakat dan negara.
Itu adalah antara perkara yang dikongsikan Pengarah Urusan Kumpulan Me dia Karangkraf yang juga pemilik akhbar Sinar Hari an, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub sempena ulang ta hunke-13 akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, Sinar Harian akan terus berdiri sebagai media yang bebas, berani, tidak berat sebelah dan jujur dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
“Dahulu Sinar Harian menjadi juara dalam apa juga isu kerana persaingannya berbeza. Sekarang Sinar Harian perlu jadi lebih matang kerana cabaran dunia media sudah berlainan dan media telah bebas melaporkan dan menganalisis berita.
“Sinar Harian perlu menjadi lebih baik daripada media lain agar kredibiliti yang dimiliki menjadi kelebihan untuk terus mengekalkan akhbar ini sekali gus relevan pada masa akan datang,” ka tanya dalam satu wawancara di sini baru-baru ini.
Berkongsi kisah bagai mana lahirnya Sinar Harian, Hussamuddin berkata, keti ka itu beliau bercadang me wujudkan sebuah akhbar yang bebas daripada mana mana parti politik atau pihak berkepentingan.
Katanya, sekitar 13 ta hun lalu, beliau melihat per kembangan politik dunia sedang berubah dan media di Malaysia kebanyakannya dimiliki parti politik menja dikan setiap laporan memi hak kepada satu-satu pihak sahaja.
“Ketika itu juga teknolo gi sudah mula berkembang dan saya kira ada peluang untuk kami masuk ke dalam arena ini dengan mewujud kan akhbar bersifat bebas. Saya cuba lahirkan sebuah akhbar yang duduk di te ngah-tengah dan menyiar kan berita daripada semua pihak.
“Dengan modal tidak besar, ambil kakitangan fresh graduate, editor dari pada orang majalah, kita berusaha menerbitkan akh bar ini. Dari selangkah ke selangkah, masyarakat se makin terbuka dan keseda ran politik semakin menyer lah menjadikan pengisian Sinar Harian ketika itu dite rima sehingga hari ini,” ka tanya.
Hussamuddin berkata, seiring dengan perkem bangan digital, Sinar Harian turut serta bersaing ber sama-sama media lain di platform digital dengan me wujudkan Sinar Harian On line dan Sinar.TV.
Menurutnya, Sinar Ha rian Online pada awal pe ngenalannya merupakan satu-satunya medium atas talian yang agak bebas ber banding portal lain.
“Tetapi kami bukanlah terlalu bebas tetapi bebas sedikit berbanding orang lain. Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), du nia media Malaysia mula berubah. Semua orang jadi
bebas dan berani menye babkan padang yang dahu lunya Sinar Harian Online terokai kini terbuka kepada orang lain.
“Bagaimanapun, kami ada kelebihan yang dimiliki sejak dahulu, masyarakat sudah percaya dengan kita (Sinar Harian) kerana kebe basan dan kredibiliti yang kami ada. Saya yakin Sinar Harian akan menjadi satu satunya media yang memiliki akhbar dalam talian dan te levisyen internet yang lebih bebas daripada pihak lain,” katanya.
Katanya, Sinar Harian akan terus meningkatkan mutunya untuk menjadi akhbar dan media yang bo leh membentuk dan men didik masyarakat.
“Saya harap pembaca akan terus bersama Sinar Harian kerana kita mempu nyai kredibiliti dan sifat ne utral. Apa yang dilaporkan berasaskan kebenaran dan tiada agenda lain.
“Agenda kita mahu me laporkan berita yang tepat agar pembaca boleh fikir dan mendapat kebaikan daripa da isu yang disampaikan,” katanya.


