Korban pertama banjir gelombang kedua di Kelantan

18 Dec 2019 • 4:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia 57 tahun dari Kampung Renak, Bukit Bunga di sini menjadi mangsa korban pertama akibat lemas pada banjir gelombang kedua di Kelantan yang bermula hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, mangsa dikenali sebagai Shaimee Ismail, 57, ditemukan penduduk kampung selepas dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus deras pada jam 9 pagi.

“Mangsa ditemui 200 meter dari tempat tergelincir berhampiran rumahnya, dipercayai sebelum itu cuba untuk menyelamatkan diri selepas rumahnya ditenggelami air sedalam lebih 1 meter,” katanya di sini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut," katanya.

Banjir gelombang pertama di Kelantan sebelum ini telah meragut tiga nyawa. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved