KUALA LUMPUR - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak perlu dimansuhkan sebaliknya perlu diperbaiki dan dikemas kini.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya berpandangan satu pindaan akta itu perlu dibuat dari masa ke semasa.
Menurutnya, perkara ini disebabkan SOSMA boleh disalahgunakan sebagaimana peristiwa penangkapan aktivis politik, Maria Chin Abdullah sewaktu menyertai Himpunan Bersih pada tahun 2016.
"Ya, SOSMA tidak perlu dimansuhkan, pada pandangan saya ia perlu diperbaiki dari semasa ke semasa sebab SOSMA boleh disalahgunakan.
"Sekarang usaha pindaan masih dalam peringkat perbincangan.
"Saya tak jamin bila ia akan dibentangkan, tapi perkara itu sedang di peringkat kajian oleh Kementerian Dalam Negeri(KDN), " katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.
[AKAN MENYUSUL]


