Mod Gambar Dalam Gambar Kini Disokong Untuk Video Acah Netflix Yang Dikongsi Di WhatsApp

TechnologyDigital
28 Apr 2020 • 3:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mod gambar dalam gambar (PiP, Picture-in-Picture) disokong oleh YouTube dan Instagram apabila pautan video dikongsi di WhatsApp. Ia membolehkan video ditonton tanpa keluar dari aplikasi WhatsApp dan boleh tonton sambil sambung berbual.

image is not available

Terkini, Netflix pula telah menyokong mod ini untuk WhatsApp. Apabila sesuatu pautan kandungan Netflix dikongsi ke WhatsApp – video acahnya boleh ditonton dalam mod gambar dalam gambar tanpa sebarang masalah. Perkara ini hanya mula muncul untuk Android baru-baru ini sahaja. Pada iOS, ia sudah disokong sejak November tahun lepas lagi.

Sokongan ini dilihat berfungsi pada WhatsApp versi 2.20.123. Tetapi ada kemungkinan besar, ia adalah melalui kemaskini dari bahagian pelayan.