Kemaskini Tampalan Sekuriti April 2020 Untuk Peranti Google Pixel Kini Boleh Dimuat Turun

TechnologyDigital
7 Apr 2020 • 4:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel adalah telefon pintar keluaran Google. Ia hadir dengan beberapa pilihan seperti peranti mercu dan juga peranti kelas pertengahan. Peranti ini terkenal dengan kemampuan kamera yang hebat, kemaskini pantas dan pengalaman penggunaan Android asli yang paling menarik.

image is not available

Terkini, Google telah mengedarkan kemaskini tampalan sekuriti untuk semua peranti Pixel yang masih disokongnya, iaitu Pixel 2, Pixel 2 XL, Pixel 3, Pixel 3 XL, Pixel 3a, Pixel 3a XL, Pixel 4 dan Pixel 4 XL. Kemaskini ini membawakan tampalan sekuriti untuk bulan April 2020 bersama-sama dengan masalah Bluetooth dan lengah masa yang telah diperbaiki. Anda boleh mula muat turun kemaskini ini terus secara OTA, atau gunakan pautan di bawah untuk muat turun secara manual.