Covid-19: Kluster pasar borong dibawa ke mesyuarat

27 Apr 2020 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) di tiga pasar berbeza disebabkan pengambilan bekalan barangan di Pasar Borong Selayang dijangka akan dibawa ke Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah memaklumkan tentang kes itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"KKM pun sebenarnya tahu perkara ini dan saya percaya, mungkin esok KKM akan rujuk perkara ini dalam Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan PKP," katanya pada sidang media harian PKP di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL




View Original Article