Kuantan bakal jadi bandar raya: Wan Rosdy

25 Jun 2019 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN- Kerajaan Negeri memperoleh kelulusan untuk menaik taraf Kuantan sebagai sebuah bandar raya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, kelulusan daripada Kabinet itu dimaklumkan menerusi surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bagaimanapun tidak mengulas lanjut tarikh surat itu.

Wan Rosdy mengesahkan surat itu juga diterima oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

"Kita sudah membuat tindakan dan persiapan sewajarnya setelah menerima surat kelulusan itu. Bagaimananapun perkara ini akan mengambil sedikit masa dan tidak akan berlaku dalam tempoh singkat.

"Masih ada syarat yang perlu dipatuhi, persiapan yang perlu dilakukan selain beberapa lagi siri perbincangan melibatkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan kerajaan negeri serta mungkin melibatkan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) dan Kem Nemo di sini, hari ini.

Beliau juga melihat perubahan status bandar Kuantan akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai sektor seperti kemudahan infrastruktur kerana perkara itu sebahagian daripada keperluan untuk menjadi bandar raya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved