Adobe Dikatakan Sedang Menguji Harga Pelan Fotografi Baru Untuk Photoshop Dan Lightroom

5 May 2019 • 10:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adobe sedia hadir dengan Photography Plan pada Creative Cloud, iaitu pelan berasaskan bulan dan tahunan untuk perisian Photoshop dan Lightroom. Pada saat ini, ia ditawarkan pada harga $9.99 USD (atau RM44.41) sebulan, namun Adobe dilihat sedang menguji harga baru pelan ini untuk kegunaan akan datang.

Perkara ini dijumpai oleh PetaPixel yang mana mereka mengatakan Adobe sedang menguji harga baru untuk pelan popular ini. Ia dilihat membawa harga dua kali ganda lebih mahal iaitu $19.99 USD (atau kira-kira RM82.81) sebulan.

image is not available

image is not available

Selain daripada perisian Photoshop dan Lightroom, pelan ini turut menawarkan peningkatan storan 1TB melalui harga baru ini. Pada saat ini, pelan ini hanya menawarkan jumlah storan yang kecil iaitu sebanyak 20GB sahaja.

Walaupun Adobe hanya mengujinya, ia tidak mustahil akan diperkenalkan untuk pengguna pada akan datang. Pihak Adobe sendiri juga dilihat tidak mengemaskini harga pelan ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 2013.