Google Assistant Ambient Mode Adalah Pengganti Kunci Skrin Ketika Telefon Dan Tablet Sedang Dicas

TechnologyDigital
6 Sep 2019 • 9:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Assistant Ambient Mode adalah pengganti kunci skrin apabila peranti sedang dicas. Ia mula diperkenalkan pada Google Pixel 3, yang mana apabila peranti sedang dicas menggunakan Pixel Stand – kunci skrin akan diubah kepada mod ini. Dalam mod ini, pengguna boleh mengakses Google Assistant, Google Photos, memainkan muzik, melihat cuaca dan banyak lagi. Lebih mudah untuk faham adalah, ia mengubah Pixel 3 kepada sebuah paparan pintar seperti Google Nest Hub – cuma dalam bentuk Always-On Display atau Ambient Display.

image is not available

9to5Google baru-baru ini melaporkan yang, Google secara rasmi telah mengumumkan Assistant Ambient Mode untuk telefon pintar dan juga tablet. Ini bermakna, kelak fungsi ini tidak lagi terhad kepada Pixel 3 dengan Pixel Stand – tetapi akan disokong oleh mana-mana peranti Android ketika peranti sedang dicas.

image is not available

Skrin utama mod ini adalah album Google Photos dengan paparan jam, ikon Google Assistant dan juga status penegcasan peranti. Kemudian, pengguna turut boleh mengawal muzik, melihat suhu dan cuaca, kalendar, notifikasi dan peringatan. Tidak lupa juga, mod ini turut membenarkan pengguna mengawal peranti berhubung yang menyokong Google Home dan Google Assistant. Pengguna boleh mengawal dengan sentuhan yang mudah. Sayang sekali, tiada informasi jika peranti Android sedia ada akan menyokong mod ini atau terhad kepada peranti baharu sahaja.