Google pada minggu ini telah mengadakan acara Google I/O 2019, dimana sejumlah pengumuman baru telah dilakukan oleh pihak Google – terutamanya berkenaan dengan Google Assistant, privasi, Android Q, dan sebagainya.
Bersama-sama dengannya juga, pihak Google turut mengumumkan dua telefon pintar baru, iaitu Google Pixel 3A dan juga Pixel 3A XL. Namun, tidak diketahui lagi bilakah ia akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.
Oppo pada minggu ini telah mengumumkan Oppo Reno bakal diperkenalkan di Malaysia pada 16 Mei 2019 kelak. Selain itu, Vivo turut telah mengumumkan pengenalan Vivo Y17 untuk pasaran tempatan dengan bateri 5000mAh pada harga RM999.
Minggu ini juga menyaksikan kejutan dilakukan oleh pihak Axiata dan Telenor, dimana mereka akan mengabungkan operasi di rantau Asia – sekaligus bakal menyaksikan Celcom dan Digi bergabung menjadi salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.
Akhir sekali, KFC kini telah mula memperkenalkan panel layan diri tersendiri yang menyokong pembayaran menggunakan sejumlah dompet nirtunai dengan mudah.



