Terengganu laksana PKPB esok!

3 May 2020 • 4:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yaasin pada 1 Mei lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyelamatkan ekonomi rakyat dan negeri yang agak lesu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ia juga berasaskan kebajikan rakyat dan perkembangan terkini kes koronavirus (Covid-19) di Terengganu yang bertambah baik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk membuat perubahan pada PKPB supaya kembali lebih ketat sekiranya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) adalah di tahap rendah dan memberi kesan pada status kesihatan rakyat.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri tetap memandang serius pelaksanaannya dan terus komited dengan apa sahaja langkah pencegahan terutama dari segi pematuhan ketat SOP yang akan dinilai dari masa ke masa.

“Semua pihak juga perlu memainkan peranan terutamanya agensi dan jabatan kerajaan termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Terus tingkatkan munajat kepada ALLAH SWT agar wabak pandemik ini segera dipulihkan dan kita semua sentiasa dalam perlindungan-Nya,” katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved