DJI Melancarkan Gimbal Osmo Mobile 3 Yang Kini Boleh Dilipat

TechnologyDigital
13 Aug 2019 • 9:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penggunaan gimbal oleh peminat videografi membolehkan video yang lebih stabil diambil terutamanya dalam acara sukan aksi lasak. Bagi memenuhi keperluan peminat videografi menggunakan peranti mudah alih, gimbal Osmo Mobile dihasilkan oleh DJI. Hari ini DJI Osmo Mobile 3 telah dilancarkan kini dengan kemampuan boleh dilipat.

DJI mendengar maklum balas pengguna yang memerlukan gimbal yang lebih mudah dibawa dengan rekaan lebih padat. Hasilnya ialah Osmo Mobile 3 yang mempunyai engsel pada bahagian lengan gimbal. Ia menyokong sebarang telefon pintar dengan lebar di antara 62-88mm dan ketebalan maksimum 9.5mm. Gimbal ini hadir dengan fungsi mengenal kawalan gesture, menjejak pergerakan subjek Active Track 3.0 dan Sport Mode.

image is not available
Seperti Osmo Mobile sebelum ini, pengguna boleh mengawal peranti menggunakan beberapa butang pada bahagian tangkai gimbal. Ini dilakukan menerusi tambahan bluetooth LE 5.0.

Bateri yang digunakan memberikan tempoh penggunaan sehingga 15 jam. Pengecasan dilakukan menggunakan port USB-C dengan kuasa 10W. Menurut DJI, gimbal boleh dicas sepenuhnya dalam masa 2.5 jam. Ia mula dijual hari ini pada harga bermula $119 (~RM500) sebatang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved