MediaTek Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Untuk Kegunaan Permainan – Helio G90

Digital
16 Jul 2019 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm pada sebelum ini telah hadir dengan siri cip yang memfokuskan kepada permainan seperti Snapdragon 730G dan Snapdragon 855+. Untuk tidak ketinggalan, MediaTek dijangka hadir dengan cip pemprosesan baru akan datang, iaitu Helio G90 yang turut membawa fokus kepada fungsi permainan.

Perkara ini diperlihatkan melalui sebuah poster yang tertiris dengan memperlihatkan penjenamaan dan slogan cip ini. Selain memperlihatkan penjenamaan “Helio P90”, poster ini turut menyatakan slogan untuk memperkasa permainan dengan prestasi lebih berkuasa. Namun begitu, poster ini tidak menyatakan sebarang spesifikasi yang akan hadir pada cip Helio G90.

image is not available

Dengan penggunaan permainan mudah-alih yang semakin meningkat, pengeluar pada saat ini telah hadir dengan sejumlah fungsi unik untuk mengoptimasikan penggunaan permainan ini. Antaranya Huawei telah hadir dengan teknologi GPU Turbo, yang mana dapat penjimatan tenaga dan kesan bingkai yang konsisten untuk sejumlah permainan terpilih.

Dari segi pengeluarannya, MediaTek tidak menyajikan sebarang tarikh bilakah ia akan dilancarkan kepada pengguna. Namun ia dijangka akan membawa binaan 7nm, dalam memberi penggunaan yang lebih berkuasa dan efisien.