Jalan TAR dibuka semula

8 May 2019 • 11:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) yang ditutup kepada semua kenderaan persendirian pada hujung minggu, akan dibuka semula kepada kenderaan pada 11 Mei ini untuk memudahkan orang ramai membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad.

Beliau kata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Batu Road Retailers Association (BARRA) dan Masjid India Business Association (Miba).

"Oleh kerana ia merupakan bulan puasa dan menjangkakan jualan meningkat khususnya menjelang Hari Raya, mereka mohon jalan ini dibuka untuk hari minggu untuk persiapan membeli belah untuk Raya.

"Maka selepas berbincang bersama, kita membuat keputusan Jalan TAR akan dibuka kembali pada hari Sabtu dan Ahad sehingga hujung bulan Syawal supaya pembeli boleh datang dan dapat kemudahan membeli-belah," katanya.

Pada 12 Februari lepas, Khalid dilaporkan berkata penutupan jalan itu dilakukan berikutan cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu menjadikan jalan sepanjang kira-kira satu kilometer itu sebagai kawasan pejalan kaki.

Pada 12 Mac lepas, Khalid berkata rancangan menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebagai kawasan pejalan kaki akan dilaksanakan secara percubaan pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang April lepas. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved