Polis maut selepas lima hari bertarung nyawa

12 May 2020 • 12:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Seorang konstabel polis meninggal dunia tengah malam tadi selepas hampir lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan di Jambatan Sri Saujana, Khamis lalu.

Mangsa, Muhammad Naim Ahmad Daud, 26, yang bertugas di Balai Polis Presint 7 meninggal dunia pada jam 12.05 tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kemalangan pada jam 6.35 pagi.

"Mangsa mengalami kecederaan di lutut, kepala dan tangan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

"Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.05 tengah malam hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Zulkefly memaklumkan pada mulanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) akta yang sama.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved