Covid-19: Hanya Petaling zon merah di Selangor

13 May 2020 • 2:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Selepas tujuh daripada sembilan daerah diisytiharkan sebagai zon merah sebelum ini, hanya Petaling sahaja masih kekal berada di zon tersebut di Selangor.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, Petaling masih mempunyai 61 kes aktif.

Daerah itu merekodkan 415 kes positif koronavirus (Covid-19).

Setakat ini, di negeri itu hanya Kuala Langat bebas kes aktif.

Data tersebut menunjukkan lapan daerah yang masih berada di bawah zon merah seluruh negara.

Daerah berkenaan adalah Sri Petaling, Ibu Kota Kuala Lumpur, Batu, Rembau, Seremban dan juga Kuching selain Petaling.

Sebanyak 72 daerah berada di zon kuning manakala zon hijau mencatat peningkatan kepada 121 daerah.

CPRC Kebangsaan merekodkan 6,742 kes positif Covid-19 sejak 25 Januari lalu, namun hanya 1,410 pesakit masih dirawat di hospital.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved