KPDNHEP siasat kenaikan harga bawang India di Perlis

25 Dec 2019 • 8:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat punca kenaikan harga bawang India di Perlis sejak September lepas.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, siasatan itu meliputi seluruh rantaian bekalan bawang India, dari peringkat pengimport, pembekal, pemborong dan seterusnya peruncit.

"Notis di bawah Seksyen 21 akan dikeluarkan terhadap setiap rantaian bekalan itu bagi mendapatkan maklumat harga kos dan mengesan kenaikan harganya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya terdapat mana-mana peringkat rantaian didapati mengambil kesempatan semasa berlaku kekurangan bawang India itu dengan mengambil keuntungan yang tidak munasabah, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Menurut laporan media, sebelum ini harga bagi sekilogram bawang merah adalah RM4, namun bahan itu kini dijual pada harga RM12 sekilogram.

Kenaikan harga didakwa berlaku susulan bekalan bahan itu dikesan menyusut sejak dua bulan lepas. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved