ADUN Pas Kedah adakan pertemuan dengan Samsuri, Takiyuddin

PoliticsBusiness & Finance
10 May 2020 • 11:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ALOR SETAR - Pimpinan Pas Kedah mengadakan pertemuan hari ini yang turut dihadiri Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut kira-kira 10 pagi ini.

Semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas hadir dan turut kelihatan adalah dua ADUN dari UMNO iaitu ADUN Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor dan ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob.

Turut hadir Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN PH, Exco Kedah sokong Mukhriz: Mahfuz

Pertemuan tersebut bagaikan menguatkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahaya pada Rabu lalu menyatakan keyakinan parti itu untuk mengetuai pentadbiran Kedah daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sementara itu, pada pagi tadi, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim yang juga Ahli Parlimen Pendang menerusi akaun Facebook miliknya memuat naik foto pertemuan Takiyuddin bersama Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang diadakan pada semalam.

Dalam pertemuan tersebut, turut hadir Ahmad dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved