Teknologi skrin OLED yang mula digunakan secara meluas menjimatkan penggunaan bateri dan memaparkan lebih banyak warna berbanding LCD. Tetapi ia terdedah kepada masalah burn-in di mana imej “terbakar” pada skrin sekiranya ia dipaparkan untuk waktu yang lama. Antara penyelesaian yang dilakukan ialah pembangunan teknologi mini LED.

Penggunaan skrin ini juga akan mengurangkan pergantungan Apple kepada Samsung yang mendominasi pasaran OLED. Sebaliknya Apple dijangka menggunakan kepakaran LG untuk membekalkan skrin mini LED.

