Suami isteri, bayi terkandas 24 jam dalam kereta diselamatkan

16 Dec 2019 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA TINGGI - Pasangan suami isteri bersama bayi mereka yang terkandas dalam kereta akibat banjir di Jalan Mawai, Jalan Kubu Mersing-Kota Tinggi sejak awal pagi kelmarin sudah berjaya dibawa keluar dan berada dalam keadaan selamat.

Kisah tiga beranak itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, Penguasa Bomba, Al Hasra Mohamad berkata, pihaknya bersama agensi penyelamat lain antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah bergerak ke lokasi mangsa terkandas kira- kira jam 6.30 petang semalam.

image is not available
Tular di media sosial pasangan suami isteri dan bayi terperangkap akibat banjir di Jalan Mawai sejak semalam.

Menurutnya, seramai 14 orang terperangkap dalam kenderaan masing- masing termasuk pasangan suami isteri yang tular itu.

"Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) turut membantu mangsa yang terputus hubungan akibat banjir.

"Dua operasi dijalankan di lokasi yang sama bagi menyelamatkan ke semua mangsa yang terperangkap.

"Operasi pertama berjaya menyelamatkan enam mangsa terdiri daripada dua lelaki, seorang wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

"Operasi kedua telah berjaya menyelamat lapan mangsa iaitu dua wanita dan enam lelaki. Operasi ditamatkan pada jam 12 tengah malam," katanya.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved