Pemilik pusat tuisyen terbakar di India didakwa

26 May 2019 • 11:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SURAT - Polis India mendakwa tiga pemilik sebuah pusat tuisyen haram susulan kebakaran yang menyebabkan kematian 20 pelajar.

Ketiga-tiga pemilik pusat tuisyen di Takshashila Arcade di bandar Surat itu berdepan tuduhan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.

Menurut Komisioner Polis Satish Sharma, salah seorang pemilik pusat tuisyen terbabit, Bhargav Bhutani, telah ditahan manakala dua lagi melarikan diri.

Pihak berkuasa berkata, 16 daripada mangsa maut dalam kebakaran itu ialah pelajar perempuan yang mengikuti kelas persediaan menduduki peperiksaan di pusat tuisyen yang dibina secara haram di tingkat atas bangunan komersial itu.

Kematian seorang lagi pelajar di hospital semalam menjadikan 20 mangsa maut setakat ini, sementara itu, siasatan pihak berkuasa mendapati kesemua mangsa belajar dalam khemah plastik yang mudah terbakar.

Kesemua mangsa berusia antara 15 hingga 22 tahun dan dipercayai lebih 50 orang pelajar berada di dalam kelas ketika kebakaran berlaku.

Dalam pada itu, sumber pegawai kerajaan berkata lima daripada mangsa yang maut dijangka menerima keputusan ujian kemasukan ke universiti semalam dan kesemua mereka dilaporkan lulus dengan cemerlang. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: 19 pelajar maut kebakaran kolej di India


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved