Poco hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya, iaitu Poco X2. Telefon pintar ini hadir dengan penawaran skrin pada kadar segar yang tinggi mencapai 120Hz, selain ciri-ciri yang dioptimasikan untuk peranti permua berkuasa. Dengan kadar segar semula yang tinggi, ia menawarkan pengalaman lebih lancar, selain pengalaman permua tanpa sebarang lengah.

Poco X2 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 730G dengan sokongan grafik Adreno 618, sokongan penyejukan LiquidCool, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 2.1.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera utama 64-megapixel dijana sensor Sony IMX686 + 2MP (makro) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (depth). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan sensor gabungan 20MP + 2MP yang diposisikan pada bahagian skrin berlubang.

Pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W yang disertakan bersama dalam kotak.
Sedang dikemaskini…
