Sejak minggu lalu satu demi satu syarikat ternama mula menarik diri dari menghadiri acara MWC Barcelona kerana risiko wabak koronavirus yang sehingga kini telah membunuh lebih 1000 individu. Menurut laporan Reuters pagi ini, GSMA yang merupakan penganjur MWC akan melakukan mesyuarat pada Jumaat bagi mempertimbangkan pembatalan acara tahun ini.

Sekiranya MWC Barcelona dibatalkan ia pasti mengecewakan kerana ia merupakan acara terbesar industri telefon pintar. Ia kerap kali menjadi pentas pelancaran pelbagai peranti mercu Android terkini pelbagai pengeluar.
