Pusat Bandar Utara, sekitar Pasar Borong Selayang lokasi PKPD

20 Apr 2020 • 2:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (Pasar Borong Selayang) menjadi lokasi terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa serta merta sehingga 3 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD keenam itu melibatkan lapan parcel atau kawasan perumahan yang telah dikenalpasti.

Ismail Sabri bagaimanapun menjelaskan, operasi pasar dan kegiatan perniagaan di Pasar Borong Selayang dibenarkan beroperasi seperti biasa.

"PKPD ke-6 ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan wabak koronavirus Covid-19. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di sini hari ini.

MENYUSUL




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved