Pertandingan bukan tentu siapa kuat

PoliticsBusiness & Finance
26 Jan 2020 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PETALING JAYA - Pertandingan bukan untuk menentukan siapa yang kuat, sebaliknya perlu dilihat dari sudut positif khususnya ke arah penyatuan ahli.

Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Puchong, Sarafdeen Abdul Hamid yang bakal bertanding jawatan Ketua Bersatu Bahagian Puchong berkata, pengukuhan sangat penting kerana ia menjamin persefahaman khususnya dalam menghadapi cabaran mendatang.

"Itu antara hasrat saya bertanding bagi jawatan ketua bahagian ini supaya kerjasama dan ukhuwah itu dapat kita pertingkatkan," katanya ketika ditemui di Pendaftaran Pemilihan Calon Bersatu Zon 2 di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya SS 5A/15 di sini hari ini.

image is not available
Suasana sekitar pencalonan Bersatu bagi Zon 2 yang diadakan di Dewan Serbaguna MBPJ SS 5A/15 di sini berjalan lancar.

Terdahulu, sebanyak 22 bahagian di negeri ini mengadakan pendaftaran pencalonan bagi jawatan di peringkat bahagian.

Dalam pada itu, pencalonan Bersatu bagi Zon 2 melibatkan enam bahagian iaitu Klang, Kota Raja, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Langat dan Puchong.

Tinjauan Sinar Harian ketika proses pencalonan diadakan mendapati suasana berlangsung dalam keadaan tenang dan lancar.

Difahamkan pencalonan juga melibatkan keseluruhan jawatan dalam keenam-enam bahagian.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved