Dua beradik ditemukan mati dalam kolam terbiar

27 May 2020 • 6:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BALIK PULAU - Dua beradik warga Indonesia ditemukan lemas dalam kolam ikan terbiar di tapak stor projek Bandar Baru Air Putih di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, ibu kanak-kanak berkenaan yang mencari mereka di sekitar tapak mereka tinggal menemui anak perempuannya yang berusia 5 tahun terapung di dalam kolam terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, wanita terbabit segera memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum lelaki berkenaan tiba di tempat kejadian bagi mencari seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.

Menurutnya, mayat mangsa kedua ditemui tidak lama kemudian dan pasukan perubatan yang tiba mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia.

"Mayat kedua kanak-kanak berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved