Syarikat-Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia Memperkenalkan Pakej Khas Untuk Golongan OKU

21 Jun 2019 • 2:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk memperbaharui ekosistem perkhidmatan telekomunikasi tempatan nampaknya terus membuahkan hasil dengan pengumuman baru dimana syarikat-syarikat tempatan telah memperkenalkan pelan-pelan sambungan Internet dan data mudah-alih untuk golongan OKU.

Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan seperti Celcom, Digi, U Mobile, Telekom Malaysia, Time Broadband dan YTL kini mempunyai pelan yang lebih murah untuk golongan OKU untuk meringankan beban tanggungan mereka, terutamanya untuk mereka yang sedang berusaha untuk mencari nafkah.

Pakej-pakej  khas  untuk  golongan  OKU  merangkumi  pemberian  diskaun antara RM10 hingga R.M15 untuk perkhidmatan mudah alih dan diskaun antara RM10 hingga RM44 untuk perkhidmatan talian tetap.

image is not available

Untuk layak mendapatkan pelan-pelan telekomunikasi ini, pelanggan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka diklasifikasikan sebagai OKU, dan bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga OKU, bukti juga perlu ditunjukkan bahawa mereka adalah penjaga.

Mereka yang berminat untuk mendaftar untuk pelan telekomunikasi OKU ini bolehlah bertanya mengenainya di kedai-kedai perkhidmatan telekomunikasi yang berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved