Rekaan Sonos Move Tertiris – Pembesar Suara Pintar Bluetooth Pertama Sonos

TechnologyDigital
19 Aug 2019 • 11:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu Sonos menceburi pasaran pembesar suara pintar yang menyokong pembantu maya Assistant dan Alexa. Sonos Beam dan Sonos One kedua-duanya hanya menyokong penstriman menggunakan WiFi sahaja. Tetapi rekaan Sonos Move telahpun tertiris dan ia merupakan pembesar suara pintar pertama Sonos yang menyokong tambatan bluetooth.

image is not available
Dari penamaannya, Sono Move ialah pembesar suara pintar yang direka untuk memudahkannya dibawa kemana-mana dengan bateri terbina. Menurut laporan Winfuture, ia hadir dengan dermaga pengecasan khas apabila kehabisan bateri. Terdapat juga port USB-C pada bahagian belakang yang membolehkannya dicas tanpa menggunakan dermaga.

image is not available

Pada bahagian atas terdapat butang kawalan fizikal. Sebuah tempat pemegang khas pula diletakkan pada bahagian belakang bagi memudahkan ia dibawa. Butang fizikal kuasa dan pemilihan mod WiFi dan Bluetooth juga terletak pada bahagian belakang. Tidak seperti Google Home dan Apple HomePod yang menggunakan bahan kekisi fabrik, Move mempunyai kekisi yang diperbuat daripada logam. Sonos Move dipercayai akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Ogos hadapan.