Sebelum pulang ke kampung, ada baiknya jika tahap tekanan udara pada tayar diperiksa. Dengan tekanan yang betul, perjalanan akan menjadi lebih selesa dan selamat. Tetapi malang tidak berbau dan kadang kala tayar kenderaan boleh mengalami kebocoran di jalan raya. Kerana masalah ini tayar tanpa angin telah dibangunkan oleh pelbagai pengeluar.

Michelin telah menunjukkan beberapa prototaip tayar tanpa angin sejak 2005 yang diberi nama Tweel. Penggunaannya pada kenderaan komersial adalah rendah kerana tayar tanpa angin adalah lebih keras membuatkan pemanduan kurang selesa. Ia walau bagaimanapun digunakan pada kenderaan industri di kilang kerana tahan lasak.

