Fon Telinga Nirwayar Louis Vuitton Horizon Boleh Dimiliki Pada Harga Melangkaui RM4000

TechnologyDigital
19 Jan 2020 • 1:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu fon telinga nirwayar Louis Vuitton Horizon dilancarkan dengan tanda harga hampir RM4000 sepasang. Sempena tahun 2020, versi terkini Louis Vuitton Horizon versi terkini akhirnya dipasarkan pada harga yang lebih tinggi lengkap dengan penjenamaan mewah LV.

image is not available
Ia sebenarnya adalah sepasang fon telinga Master & Dynamic MW07 Plus dengan rekaan ikonik LV. Ia masih lagi mempunyai kemampuan beroperasi sehingga 10 jam berterusan, dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif dan mikrofon yang membolehkan ia digunakan untuk melakukan panggilan telefon.

image is not available

Tempat simpanan Horizon berfungsi sebagai pod pengecasan yang memberikan 20 jam waktu penggunaan dan juga boleh dicas semula secara nirwayar.

Louis Vuitton Horizon dijual pada harga $1090 (~RM4420) sepasang dan ini adalah jauh lebih mahal berbanding Master & Dynamic MW07 Plus yang dijual pada harga sekitar $300. Tetapi jika anda ingin memadankan fon telinga dengan kerangka rasmi LV, jam tangan LV dan beg tangan LV, Horizon ialah satu-satunya pilihan di pasaran.