Lelaki rentung terperangkap dalam rumah terbakar

21 May 2020 • 7:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah banglo dua tingkat di Kampung Selamat di sini, tengah malam tadi.

Mayat mangsa ditemui di dalam bilik air di tingkat bawah, manakala enam termasuk empat kanak-kanak melecur dan seorang wanita dilaporkan mengalami sesak nafas.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu jam 11.45 malam.

"Seramai 18 anggota diketuai seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama dua jentera ke lokasi untuk operasi pemadaman.

"Jentera pertama tiba kira-kira 10 minit kemudian ke lokasi kebakaran dan operasi pemadaman dimulakan," katanya.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan jam 12.12 pagi dan hasil pemeriksaan lanjut membawa penemuan mayat mangsa dalam bilik air rumah berkenaan.

"Mangsa dipercayai terperangkap selepas gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian bawah rumah tersebut.

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk menerima rawatan. Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.44 pagi tadi," katanya.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved