Beberapa hari yang lalu Astro mula menawarkan tontonan percuma untuk semua saluran filem kepada pelanggan sehingga 31 Mac. Ini adalah bagi menghiburkan pelanggan yang akan bekerja dari rumah selama seminggu kerana arahan sekatan pergerakan kerajaan. Bagi pelanggan Sports Pack, Astro kini menawarkan pula tonton kesemua saluran secara percuma sehingga 30 April 2o20.



