Kediaman Anwar dikunjungi beberapa pemimpin

Politics
25 Feb 2020 • 10:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEGAMBUT - Kediaman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut di sini dikunjungi beberapa pimpinan parti.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad tiba di kediaman itu jam 9.45 pagi dan Senator Liew Chin Tong jam 10 pagi manakala Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul jam 10.15 pagi.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang tiba sekitar waktu itu sebelum keluar semula bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira jam 9.50 pagi untuk ke pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Khalid memaklumkan yang beliau ke kediaman itu untuk bersarapan sambil berbincang dengan Anwar bersama pimpinan lain.

Beliau turut mengulas keputusan Dr Mahathir yang melepas jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Dr Mahathir kecewa dengan strategi Bersatu untuk keluar dari PH. Jadi, beliau letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

"Pada pandangan saya tindakan beliau sungguh berprinsip dan menunjukkan mahukan sebarang tindakan dilakukan mengikut undang-undang," katanya.

Sementara itu Dr Wan Azizah menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kerana memberikannya peluang berkhidmat untuk negara.

"Alhamdulillah saya diberi kesempatan berkhidmat untuk negara. itu adalah keistimewaan dan penghargaan kepada seorang wanita," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar perlu talian hayat politik baharu

Anwar akui rayu Tun M kekal sebagai Perdana Menteri


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved