Acer Nitro V Boleh Dibeli Pada Harga RM2899 Sempena Acara Jualan 11.11 Di Lazada

TechnologyDigital
7 Nov 2019 • 5:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba gaming untuk permainan-permainan e-sukan seperti DoTA 2, League of Legends dan PUBG ataupun Fortnite yang tidak terlalu mahal, Acer kini hadir dengan diskaun yang agak menarik untuk komputer riba Acer Nitro V mereka.

 

image is not available

 

Komputer riba ini mempunyai spesifikasi-spesifikasi berikut:

  • CPU: Intel Core i5-9300H
  • Memori: 4GB DDR4
  • Storan: 256GB SSD
  • Kad grafik: NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB GDDR6
  • Paparan: 15.6 inci, 144Hz (1920×1080)

Buat masa ini, di Lazada, ia dijual pada harga RM3099, 11 peratus lebih murah daripada harga asalnya, RM3499. Tetapi sewaktu acara jualan 11.11, harga tersebut akan turun lebih rendah kepada RM2899.