Bazar Ramadan: Kelantan ikut pendirian kerajaan Pusat

6 Apr 2020 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA BHARU Kerajaan Kelantan ikut pendirian Kerajaan Persekutuan berhubung penganjuran bazar Ramadan di negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, jika semua pihak tidak bersetuju (bazar Ramadan), maka kerajaan Kelantan akan turut menyokong.

"Insha-ALLAH, kita akan ikut pendirian Kerajaan Pusat. Kalau semua tidak setuju atau kalau menteri kanan isyhtihar tiada bazar, Insha-ALLAH kita akan bersama dengan Pusat.

"Jangan risau, kita cuba ubah cara kita. Mungkin perniagaan dalam talian boleh dimanfaatkan sebaik mungkin selepas ini.

"Kita masih boleh menerima tempahan (makanan) melalui dalam talian dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Kelantan, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved